Sunday, January 23, 2011

Pengertian Al-Fatihah (The Opening)

Usrah pertama : 23.01.11

1:1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of Allah, Most gracious, Most Merciful

1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds

1:3 الرَّحمـنِ الرَّحِيم
Ar raḥmāni r-raḥīm
Most Gracious, Most Merciful

1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
Māliki yawmi d-dīn
Master of the Day of Judgment

1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
You do we worship, And Your aid we seek

1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm
Show us the straight way

1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
The way of those on whom You have bestowed Your Grace, Those whose (portion) Is not wrath, And who go not astray


Setiap kali saya mendirikan solat & ‘recite’ Al Fatihah di setiap rakaat, emosi saya bercampur aduk.. sayu, sedih, gembira & takut.
Bermula dari Auzubillah hi minas syaitan nir rajim sehingga ayat ketiga dimana kita memuji-muji kebesaran, keagungan & kehebatan Allah.. seperti kata anak lelaki saya, Aqlan “Allah is the Boss.” Hati saya jadi sarat dengan perasaan rindu & sayang kepada yang Maha Pencipta.
“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As Saabiroon (the patient). “
Selalunya bila kita dilimpahi kemewahan, kebahagiaan dunia, kesihatan tubuh badan.. kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk berterima kasih kepada sumber segala kebahagiaan & kemewahan kita itu iaitu Allah s.w.t
Betapa tiba² kebahagiaan kita diragut, roda hidup kita berada di bawah.. barulah kita mahu tersedar, barulah mahu menangis bila sujud diatas sejadah..bersyukurlah kerana Allah memberi ujian.. bersyukurlah kerana masih ada peluang untuk kita membaiki diri di dunia sebelum melangkah ke alam abadi iaitu akhirat.
Jangan pula kita marah pada Allah, menangisi nasib, hilang pedoman kerana sesungguhnya percaya kepada Qada’ & Qadar adalah salah satu dari rukun iman.
Ini membawa kita kepada ayat ke-5 dalam surah Al-Fatihah ini dimana memberikan maksud ‘Engkaulah sahaja yang kami sembah & kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan.
Aset di dunia, rumah di merata negara, wang ringgit yang bertimbun di dalam bank, anak² yang ramai & cerdik, kebahagiaan, tubuh badan & akal yang cerdas semuanya hanyalah pinjaman daripada Allah. Semuanya hanyalah sementara. Tidak perlulah kita sombong atas degree & masters.. usahlah kita bongkak dengan jawatan ‘manager’ ataupun dengan kereta mewah yang menjalar di porch² di rumah yang agam. Kerana sesungguhnya hanya Allah lah satu²nya yang layak berasa sombong.
Semoga Allah sentiasa memelihara jiwa² kita dari perasaan riak, ujub dan sombong.
Saya menjadi malu dengan Allah, dengan diri saya sendiri kerana kadangkala saya tersasar.. mencintai duniawi yang hanya mainan & ujian.

Ayat ke-6 & ke-7 membuat saya menggigil seketika. Seringkali disini saya terbayang ‘siratul-mustaqim’.. saya sedar saya tidak layak untuk berlari² ke syurga.. tapi saya juga tidak sanggup jatuh ke neraka. Saya tidak sanggup hidup di satu zaman dengan dajjal (kadangkala saya berdoa agar generasi saya semua mati sebelum dajjal muncul di dunia), saya juga tidak sanggup untuk diseksa di alam kubur. Saya juga tidak mampu untuk dihitung & dibuka aib di padang masyar. Sesungguhnya saya tidak sanggup. Tetapi saya juga sedar yang saya tidak layak untuk memasuki mana² pintu jannah sesuka hati saya. Tetapi saya berusaha, saya mencuba sebaik² semoga saya dapat juga rahmat daripada-Mu Ya Allah, walaupun hanya duduk di luar pintu syurga.. asalkan tidak diseksa di neraka.. menunggu berjuta² tahun untuk ditimbangkan asalkan aib² saya tidak dibuka di hari pembalasan nanti..
Tapi saya juga manusia, saya tamak.. kalau duduk di luar pintu syurga, saya mahu mengetuk masuk ke dalamnya.. saya juga tak mahu sendirian, saya mahu suami, anak², ibubapa, adik beradik saya semua ditarik ke syurga juga.

Saya akur, manusia & dosa ini umpama kulit & daki.. sentiasa melekat & perlu disental sebersih²nya.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa² kami, tetapkanlah iman kami, panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami”

“Rabbana atina fid-dunia hasanah, wafil akhirati hasanatan wa qina azaban nar”

Semoga Allah tidak menyesatkan kita setelah diberikan kita petunjuk.

Amin.

Friday, January 21, 2011

..none of my wish come true

We were quite surprised by Aqlan’s confession when we reached home tonight.
Something about unfulfilled dreams?

“Mama, I pray many times but all my wish didn’t come true.”
“Tell me what you wished for Abang?”
“I wish about everything!”
“And what’s that?”
“First, I want to be a rock star.” Hmm.... now we wonder why he didn’t get his wish.. yet. You are four Abang! Haha.
“.. and then I wish for cars..”
“But we’ve already bought you cars..”
“Yeah, but I want big car with remote controller!” Oh wow, that’s the first. Never heard of this from him before.
“and the Iron man dvd.” Oh.. the wish list keep getting longer..

Only if we could grow money on trees and life would be fantastic for the kids.. and the parents too. Especially the parents I think. 

“Then Abang, you need to pray hard and have lots of patience.”
And this advice is not only for the kids, but for us adults especially.
I remember my late father used to say that ‘sabar itu tiada had’. It took lots of hard work to be such a patience person, that is why there’s a saying ‘sabar itu separuh daripada iman’.
“Allah surely loves those who are the Sabireen.”
Hardhips and ease are all trials for the mankind. Everything that happens to us, good or bad is for our own benefit.

Our wish is to provide a safe and happier home for the family where good values grow everyday and learning never stopped.

Amin.

Wednesday, January 19, 2011

The Pink Tudung



Semalam selesai mengaji, Aqilah bertanya kepada saya dimanakah tudung pink yang saya berikan kepadanya.

Mama : Mestilah kat bilik kakak, dalam kotak dengan tudung yang lain.
Aqilah : Can you please find it for me Mama?
Mama : Aqilah nak buat apa?
Aqilah : Because I want to wear it to school tomorrow.
Mama : Sure?
Aqilah : Yes, Mama. I’m sure. There’s another girl wearing it too.

Sudah menjadi rutin harian anak² untuk membuang air, menggosok gigi, membasuh muka & tangan sebelum tidur.

Usai rutin itu saya pun ‘put them into bed’ & ‘recite’ syahadah, selawat ke atas nabi, doa masuk tidur & sedikit tambahan doa ‘Ya Allah, please save us from fitnah dunia, iblis & dajjal’ sambil mereka mengikut ‘reciting’ saya itu.

Acap kali mereka bertanyakan kepada saya “Who is dajjal?” atau pun “Who is iblis?”
Jawapan saya hanyalah “A very bad monster. But if you recite Allah everytime you’re scared, that monster will run away because Allah is very strong.”

Kadangkala Aqlan akan menambah “Strong like iron man Mama?”
“Stronger than iron man” jawab saya.
“Wow..” teruja Aqlan bila ada yang lebih hebat dari heronya itu.
“but iron man is only on tv” Bijak sungguh Aqlan menambah.
“and Allah is real” tambah saya supaya dia sentiasa ingat bahawa Allah bukanlah seperti santa atau pun ‘toothfairy’ yang hanyalah khayalan & imaginasi kafir yang diterapkan di fikiran anak² mereka.

Berbalik kepada topik asal saya, selesai semua rutin itu saya pun mencari tudung pink yang dimintanya.
‘Excited’ sungguh Aqilah sehinggakan mahu membawa tudung itu tidur bersama²nya agar tidak lupa bila bersiap ke sekolah keesokkan harinya.

Aqilah : I’m bringing this to sleep Mama so I will remember tomorrow morning.
Mama : Ok. And you’re sure to wear it?
Aqilah : Yes, Mama. I told you there’s a girl wearing it too. And then my teacher going to say “All muslim girls have to wear this because we’re Muslim” and I love be a Muslim, Mama. And then everybody going to look at me and say “Wow, you’re so pretty”.

Ketawa saya. Itulah agaknya tujuan sebenar anak gadis sunti saya ini. Perlahan² saya akan menerangkan kepadanya nanti yang apa sahaja perbuatan kita biar berniat hanyalah kepada Allah.

Apapun saya amat bersyukur kerana anak² memahami yang kami ini Islam, tidak menyambut krismas etc.

Saya percaya akidah, kepercayaan kepada Allah & rasul perlu diterapkan dari usia kecil lagi agar mereka tidak ‘confuse’ identiti bila meniti alam remaja & dewasa.
Hidup di dunia in hanyalah sementara & kita tidak tahu bila² sahaja nyawa kita akan ditarik.

Suami & saya selalu berdoa agar kami tidak terlepas pandang dalam mendidik anak² tentang ilmu fardhu ain.

Semoga kita semua menjadi insan yang soleh & solehah dan melahirkan lebih ramai generasi yang muttaqin, insyaAllah.

Amin.

Friday, January 14, 2011

Anak² ku..




“Tuhanku,
Dalam termanggu
Ku sebut nama Mu biar susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh

Tuhanku,
Cahaya Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku,
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing

Tuhanku,
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling”


Aqilah, Aqlan, Yusuff..

Anak² ku.. akan tiba suatu masa kau akan berada di dalam kesedihan & hiba.. ingatlah Allah sentiasa ada untuk menggembirakanmu..

Anak² ku.. kau akan merantau, putus asa, gagal, berjaya.. sentiasa semat dalam hatimu dunia hanyalah sementara.. mati itu pasti.. azab kubur itu benar.. syurga & neraka itu ada..

Jika kau mengejar dunia, dunia akan lari
Tapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu..

Anak² ku, kita semua ini manusia biasa.. kau akan merasa bercinta & dicintai.. Ingatlah pesanan ini.. janganlah terlalu taksub dengan cinta di dunia.. kerana cinta kepada Allah itu lah yang hakiki..
Janganlah kau kecewa menderita kerana cinta sesama manusia..
Berilah seluruh cintamu hanya kepada Allah.. ganjarannya hebat sekali

Anak² ku, dimana sahaja kau berada & kemana sahaja kau pergi.. ingatlah bumi dipijak.. jangan kau berbangga dengan kejayaan di dunia kerana ini semua hanyalah ujian dariNya..

Ayah & Mama sentiasa mendoakan yang terbaik.. semoga kita semua akan berkumpul, bergembira selamanya di alam yang abadi..