This blog is dedicated to our princes & princess.. may one day when they look back they’ll remember all the good times that we’ve shared together. This is our long journey in life as a family, and it begins with small, single steps. May Allah bless us always.. Amin
Friday, January 14, 2011
Anak² ku..
“Tuhanku,
Dalam termanggu
Ku sebut nama Mu biar susah sungguh
Mengingat Kau penuh seluruh
Tuhanku,
Cahaya Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhanku,
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku,
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling”
Aqilah, Aqlan, Yusuff..
Anak² ku.. akan tiba suatu masa kau akan berada di dalam kesedihan & hiba.. ingatlah Allah sentiasa ada untuk menggembirakanmu..
Anak² ku.. kau akan merantau, putus asa, gagal, berjaya.. sentiasa semat dalam hatimu dunia hanyalah sementara.. mati itu pasti.. azab kubur itu benar.. syurga & neraka itu ada..
Jika kau mengejar dunia, dunia akan lari
Tapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu..
Anak² ku, kita semua ini manusia biasa.. kau akan merasa bercinta & dicintai.. Ingatlah pesanan ini.. janganlah terlalu taksub dengan cinta di dunia.. kerana cinta kepada Allah itu lah yang hakiki..
Janganlah kau kecewa menderita kerana cinta sesama manusia..
Berilah seluruh cintamu hanya kepada Allah.. ganjarannya hebat sekali
Anak² ku, dimana sahaja kau berada & kemana sahaja kau pergi.. ingatlah bumi dipijak.. jangan kau berbangga dengan kejayaan di dunia kerana ini semua hanyalah ujian dariNya..
Ayah & Mama sentiasa mendoakan yang terbaik.. semoga kita semua akan berkumpul, bergembira selamanya di alam yang abadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment