Sunday, January 23, 2011

Pengertian Al-Fatihah (The Opening)

Usrah pertama : 23.01.11

1:1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Bismillāhi r-raḥmāni r-raḥīm
In the name of Allah, Most gracious, Most Merciful

1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Al ḥamdu lillāhi rabbi l-'ālamīn
Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds

1:3 الرَّحمـنِ الرَّحِيم
Ar raḥmāni r-raḥīm
Most Gracious, Most Merciful

1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
Māliki yawmi d-dīn
Master of the Day of Judgment

1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
Iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn
You do we worship, And Your aid we seek

1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Ihdinā ṣ-ṣirāṭ al-mustaqīm
Show us the straight way

1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Ṣirāṭ al-laḏīna an'amta 'alayhim ġayril maġḍūbi 'alayhim walāḍ ḍāllīn
The way of those on whom You have bestowed Your Grace, Those whose (portion) Is not wrath, And who go not astray


Setiap kali saya mendirikan solat & ‘recite’ Al Fatihah di setiap rakaat, emosi saya bercampur aduk.. sayu, sedih, gembira & takut.
Bermula dari Auzubillah hi minas syaitan nir rajim sehingga ayat ketiga dimana kita memuji-muji kebesaran, keagungan & kehebatan Allah.. seperti kata anak lelaki saya, Aqlan “Allah is the Boss.” Hati saya jadi sarat dengan perasaan rindu & sayang kepada yang Maha Pencipta.
“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As Saabiroon (the patient). “
Selalunya bila kita dilimpahi kemewahan, kebahagiaan dunia, kesihatan tubuh badan.. kita lupa untuk bersyukur, lupa untuk berterima kasih kepada sumber segala kebahagiaan & kemewahan kita itu iaitu Allah s.w.t
Betapa tiba² kebahagiaan kita diragut, roda hidup kita berada di bawah.. barulah kita mahu tersedar, barulah mahu menangis bila sujud diatas sejadah..bersyukurlah kerana Allah memberi ujian.. bersyukurlah kerana masih ada peluang untuk kita membaiki diri di dunia sebelum melangkah ke alam abadi iaitu akhirat.
Jangan pula kita marah pada Allah, menangisi nasib, hilang pedoman kerana sesungguhnya percaya kepada Qada’ & Qadar adalah salah satu dari rukun iman.
Ini membawa kita kepada ayat ke-5 dalam surah Al-Fatihah ini dimana memberikan maksud ‘Engkaulah sahaja yang kami sembah & kepada Engkaulah sahaja kami meminta pertolongan.
Aset di dunia, rumah di merata negara, wang ringgit yang bertimbun di dalam bank, anak² yang ramai & cerdik, kebahagiaan, tubuh badan & akal yang cerdas semuanya hanyalah pinjaman daripada Allah. Semuanya hanyalah sementara. Tidak perlulah kita sombong atas degree & masters.. usahlah kita bongkak dengan jawatan ‘manager’ ataupun dengan kereta mewah yang menjalar di porch² di rumah yang agam. Kerana sesungguhnya hanya Allah lah satu²nya yang layak berasa sombong.
Semoga Allah sentiasa memelihara jiwa² kita dari perasaan riak, ujub dan sombong.
Saya menjadi malu dengan Allah, dengan diri saya sendiri kerana kadangkala saya tersasar.. mencintai duniawi yang hanya mainan & ujian.

Ayat ke-6 & ke-7 membuat saya menggigil seketika. Seringkali disini saya terbayang ‘siratul-mustaqim’.. saya sedar saya tidak layak untuk berlari² ke syurga.. tapi saya juga tidak sanggup jatuh ke neraka. Saya tidak sanggup hidup di satu zaman dengan dajjal (kadangkala saya berdoa agar generasi saya semua mati sebelum dajjal muncul di dunia), saya juga tidak sanggup untuk diseksa di alam kubur. Saya juga tidak mampu untuk dihitung & dibuka aib di padang masyar. Sesungguhnya saya tidak sanggup. Tetapi saya juga sedar yang saya tidak layak untuk memasuki mana² pintu jannah sesuka hati saya. Tetapi saya berusaha, saya mencuba sebaik² semoga saya dapat juga rahmat daripada-Mu Ya Allah, walaupun hanya duduk di luar pintu syurga.. asalkan tidak diseksa di neraka.. menunggu berjuta² tahun untuk ditimbangkan asalkan aib² saya tidak dibuka di hari pembalasan nanti..
Tapi saya juga manusia, saya tamak.. kalau duduk di luar pintu syurga, saya mahu mengetuk masuk ke dalamnya.. saya juga tak mahu sendirian, saya mahu suami, anak², ibubapa, adik beradik saya semua ditarik ke syurga juga.

Saya akur, manusia & dosa ini umpama kulit & daki.. sentiasa melekat & perlu disental sebersih²nya.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa² kami, tetapkanlah iman kami, panjangkanlah umur kami, murahkanlah rezeki kami”

“Rabbana atina fid-dunia hasanah, wafil akhirati hasanatan wa qina azaban nar”

Semoga Allah tidak menyesatkan kita setelah diberikan kita petunjuk.

Amin.

No comments:

Post a Comment